Hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijalin sejak sekian lama diharap dapat dikekalkan bagi meneruskan kesejahteraan kedua-dua negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Seri Paduka bertitah keakraban kedua-dua negara sejak sekian lama itu terbukti dengan kerjasama yang telah dijalin dan dikembangkan dalam pelbagai bidang yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.
"Kehadiran saya di sini diundang pemerintah Arab Saudi, saya mengucapkan terima kasih atas undangan ini, mudah-mudahan dengan kehadiran saya ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kedua-dua kerajaan berdaulat.
"Banyak persamaan dan banyak juga yang perlu kita terokai pada masa akan datang bagi kedua-dua pihak menjamin kesejahteraan rakyat serta kedua-dua negara," titah Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah sedemikian pada Majlis Minum Teh Bersama Rakyat Malaysia di sini pada Jumaat, dan turut berkenan berangkat Anakanda Seri Paduka, Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi Ahmad Irham Ikmal Hisham, Ketua Rombongan Haji Malaysia Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan kira-kira 200 rakyat Malaysia yang terdiri daripada jemaah haji, pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di sini.
Sultan Abdullah bertitah rakyat Malaysia yang berada di luar negara diharap dapat menjadi duta kecil berjiwa besar, berhati besar, serta niat dan pemikiran besar untuk menaikkan nama negara dan mengeratkan silaturrahim dengan negara luar.
"Orang yang tinggal di sini (Arab Saudi) juga saya harap dapat menjadi wakil kepada negara dengan penuh disiplin dan integriti. Dengan ini tuan puan dapat membuat satu ibadah untuk negara serta agama kita.
"Kita telah memanjangkan silaturrahim sesama Islam dan sudah tentu ini mencerminkan negara kita punyai rakyat cukup baik hati, ramah dan cukup ikhlas untuk kita hidup dalam harmoni dan penuh kesejahteraan," titah Seri Paduka.
Sultan Abdullah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula 12 hingga 14 Julai dalam lawatan khas atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Seramai 30,200 jemaah haji mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim haji tahun ini dibantu 640 petugas TH.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Seri Paduka bertitah sedemikian pada Majlis Minum Teh Bersama Rakyat Malaysia di sini pada Jumaat. - Foto Bernama
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
#AgongKita: Agong, Raja Permaisuri tetap di hati rakyat
Keperibadian baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sentiasa di hati rakyat jelata.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong esok
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
#AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR
Ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Perdana Menteri dibuat berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja (MRR), dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
#AgongKita: Pergolakan politik detik pilu, merugikan negara - Al-Sultan Abdullah
Titah baginda, pergolakan politik tanah air itu telah menyebabkan rakyat menanggung pelbagai kerugian.
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan itu pada program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara pada Jumaat lepas.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah main peranan penting lonjakkan ekonomi negara semasa pemerintahan
Penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah bukan sahaja akan dikenang dalam ingatan manis seluruh rakyat malah juga oleh komuniti perniagaan di negara ini.